Berikut ialah jadual yang menunjukkan kaedah mendraf pola bahagian atas kain ombak beralun (belakang dan hadapan).
Jadual 1:Kaedah Mendraf Pola Kain Ombak Beralun Bahagian Atas (Belakang dan Hadapan)
Sumber:Jahitan & Membuat Pakaian, Mohamed Jalal Ahmad, 1993.
KETERANGAN
GAMBAR RAJAH
6.4.1Kain Ombak Beralun
Bahagian Atas (Belakang)
1.Surihkan pola asas skirt belakang.
2.1-2 = 2-B = ¼ pinggul.
3.Bentukkan garisan lengkung yang elok untuk menyambungkan titik 1 dan 2. Garisan ini hendaklah membentuk sudut tepat pada titik 1.
4.Tandakan pada pola tersebut :
-GTB
-ira lurus
-tanda lipatan
-keterangan gunting 1 helai
-bahagian pola
SKIRT BELAKANG
GUNTING 1 HELAI
E
2
F
GT
B
1
B
6.4.2Kain Ombak Beralun
Bahagian Atas (Hadapan)
1.Surihkan pola asas skirt hadapan.
2.1-2 = 2-A = ¼ pinggul.
3. Bentukkan garisan lengkung yang elok untuk menyambungkan titik 1 dan 2. Garisan ini hendaklah membentuk sudut tepat pada titik 1.
4.Tandakan pada pola tersebut :
-GTH
-ira lurus
-tanda lipatan
-keterangan gunting 1 helai
-bahagian pola
SKIRT HADAPAN
GUNTING 1 HELAI
E
1
2
F
G
T
H
A
6.4.3Kain Ombak Beralun Bahagian Bawah
Untuk mendraf pola bahagian bawah kain ombak beralun, rajah dan keterangan berikut dapat membantu anda untuk merialisasikannya.
HADAPAN
GUNTING 1 HELAI
BELAKANG
GUNTING 1 HELAI
K
A
N
A
N
44 cm
44 cm
K
I
R
I
5
4
3
1
2
80 cm
Rajah 6.2:Kaedah Mendraf Pola Kain Ombak Beralun
Sumber:Jahitan & Membuat Pakaian, Mohamed Jalal Ahmad, 1993.
Ukuran yang dicadangkan untuk membuat kain ombak beralun ialah :
BIL
BAHAGIAN BADAN
UKURAN BADAN (cm)
1.
Pinggul
88 cm
2.
Labuh kain
80 cm
1.Lakarkan rajah yang mempunyai ukuran seperti berikut :
-labuh kain yang dicadangkan = 80 cm
-lebar bahagian hadapan = 44 cm (½ keliling pinggul)
-lebar bahagian belakang = 44 cm (½ keliling pinggul)
2.Tandakan bahagian lisu dengan cara berikut :
-ukuran yang diperlukan untuk satu lisu ialah 15 cm (lebar lisu yang siap = 7.5 cm)
-buatkan sebanyak lima kali kerana jumlah lisu yang dicadangkan ialah lima lisu.
-jumlah ukuran kelima-lima lisu ialah 75 cm.
-ukuran keseluruhan kelililing kain ombak beralun ialah :
44 cm + 44 cm + 75 cm =163 cm
3.Tandakan pada pola tersebut :
-ira lurus
-keterangan gunting 1 helai
-bahagian pola
6.4.4Ikatan Pinggang
Untuk mendraf pola ikatan pinggang, ukuran keliling pinggang yang dicadangkan ialah 66 cm. Berikut ialah rajah dan keterangan kaedah mendraf pola ikatan pinggang.
ABE
DCF
Rajah 6.3:Kaedah Mendraf Pola Ikatan Pinggang
1.Lukiskan garisan AB = CD = 66 cm (keliling pinggang)
2.Lukiskan pula garisan BC = AD = 3.5 cm (lebar ikatan pinggang)
3.Panjangkan garisan BE = CF = 3 cm (untuk selisih)