Wednesday, July 7, 2010

Sulaman merupakan salah satu bentuk seni kerajinan tangan yang tertua dan telah wujud sekitar 2000 tahun yang silam. Orang Romawi menggambarkannya sebagai 'melukis dengan jarum'. Namun orang Babylonia yang menamakan teknik ini sebagai 'Embroidery'. Di Eropah,seni sulaman ini mula popular di kalangan umum sejak abad ke 16. Bentuk-bentuk sulaman kemudian berkembang pesat khususnya pada abad 18 hingga 20 mengikut citarasa masyarakat dalam pelbagai rekaan,teknik dan aplikasinya. Di seluruh pelosok dunia, sulaman berkembang menjadi karya seni yang artistitik dan bernilai tinggi. Seni sulaman digunakan secara meluas untuk keperluan dekorasi,peralatan rumah tangga, ucapan keagamaan bahkan hiasan kerajaan. Sulaman pada pakaian pula menjadi simbol kemewahan.

No comments:

Post a Comment