Monday, July 5, 2010

BAJU KURUNG TRADISIONAL

BAJU KURUNG TRADISIONAL


Kain Ombak Beralun

Berikut ialah jadual yang menunjukkan kaedah mendraf pola bahagian atas kain ombak beralun (belakang dan hadapan).

Jadual 1: Kaedah Mendraf Pola Kain Ombak Beralun Bahagian Atas (Belakang dan Hadapan)

Sumber: Jahitan & Membuat Pakaian, Mohamed Jalal Ahmad, 1993.

KETERANGAN
GAMBAR RAJAH

6.4.1 Kain Ombak Beralun

Bahagian Atas (Belakang)

1. Surihkan pola asas skirt belakang.

2. 1-2 = 2-B = ¼ pinggul.

3. Bentukkan garisan lengkung yang elok untuk menyambungkan titik 1 dan 2. Garisan ini hendaklah membentuk sudut tepat pada titik 1.

4. Tandakan pada pola tersebut :

- GTB

- ira lurus

- tanda lipatan

- keterangan gunting 1 helai

- bahagian pola

SKIRT BELAKANG

GUNTING 1 HELAI

E

2

F

GT

B

1

B

6.4.2 Kain Ombak Beralun

Bahagian Atas (Hadapan)

1. Surihkan pola asas skirt hadapan.

2. 1-2 = 2-A = ¼ pinggul.

3. Bentukkan garisan lengkung yang elok untuk menyambungkan titik 1 dan 2. Garisan ini hendaklah membentuk sudut tepat pada titik 1.

4. Tandakan pada pola tersebut :

- GTH

- ira lurus

- tanda lipatan

- keterangan gunting 1 helai

- bahagian pola

SKIRT HADAPAN

GUNTING 1 HELAI

E

1

2

F

G

T

H

A

6.4.3 Kain Ombak Beralun Bahagian Bawah

Untuk mendraf pola bahagian bawah kain ombak beralun, rajah dan keterangan berikut dapat membantu anda untuk merialisasikannya.

HADAPAN

GUNTING 1 HELAI

BELAKANG

GUNTING 1 HELAI

K

A

N

A

N

44 cm

44 cm

K

I

R

I

5

4

3

1

2

80 cm

Rajah 6.2: Kaedah Mendraf Pola Kain Ombak Beralun

Sumber: Jahitan & Membuat Pakaian, Mohamed Jalal Ahmad, 1993.

Ukuran yang dicadangkan untuk membuat kain ombak beralun ialah :

BIL

BAHAGIAN BADAN

UKURAN BADAN (cm)

1.

Pinggul

88 cm

2.

Labuh kain

80 cm

1. Lakarkan rajah yang mempunyai ukuran seperti berikut :

- labuh kain yang dicadangkan = 80 cm

- lebar bahagian hadapan = 44 cm (½ keliling pinggul)

- lebar bahagian belakang = 44 cm (½ keliling pinggul)

2. Tandakan bahagian lisu dengan cara berikut :

- ukuran yang diperlukan untuk satu lisu ialah 15 cm (lebar lisu yang siap = 7.5 cm)

- buatkan sebanyak lima kali kerana jumlah lisu yang dicadangkan ialah lima lisu.

- jumlah ukuran kelima-lima lisu ialah 75 cm.

- ukuran keseluruhan kelililing kain ombak beralun ialah :

44 cm + 44 cm + 75 cm =163 cm

3. Tandakan pada pola tersebut :

- ira lurus

- keterangan gunting 1 helai

- bahagian pola

6.4.4 Ikatan Pinggang

Untuk mendraf pola ikatan pinggang, ukuran keliling pinggang yang dicadangkan ialah 66 cm. Berikut ialah rajah dan keterangan kaedah mendraf pola ikatan pinggang.

A B E


D C F

Rajah 6.3: Kaedah Mendraf Pola Ikatan Pinggang

1. Lukiskan garisan AB = CD = 66 cm (keliling pinggang)

2. Lukiskan pula garisan BC = AD = 3.5 cm (lebar ikatan pinggang)

3. Panjangkan garisan BE = CF = 3 cm (untuk selisih)

4. Tandakan pada pola tersebut :

- ira lurus

- tanda lipatan

- keterangan gunting 1 helai

- bahagian pola

No comments:

Post a Comment